Pages

Rabu, November 04, 2009

Kisah Firasat Para Ulama

~ Diceritakan pada suatu ketika, dua ulama besar imam mazhab iaitu Imam Syafie dan gurunya Imam Malik sedang berbincang apabila terlihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Lalu seorang daripada mereka mencadangkan masing-masing mencuba kebolehan dengan meneka pekerjaan lelaki itu.

Imam Syafie dan Imam Malik kemudian membuat taakulan mengenai pekerjaan lelaki itu berdasarkan pelbagai pemerhatian terhadap jasad, pakaian dan sebagainya. “Peniaga,” jawab Imam Syafie. “Tukang besi,” jawab Imam Malik sekali gus meningkah jawapan anak muridnya.

Bagi memastikan tekaan siapa yang benar, mereka berdua bertanya terus kepada lelaki itu sebaik dia keluar dari masjid. Lelaki itu memberitahu dia bekerja sebagai peniaga sekali gus membenarkan taakulan Imam Syafie. Bagaimanapun Imam Malik terus bertanyakan soalan kedua: “Apa pekerjaan kamu sebelum kamu menjadi peniaga?” “Tukang besi,” jawab lelaki itu sekali gus membenarkan juga taakulan Imam Malik.

Kisah itu membuktikan kedua-dua imam besar itu adalah ahli firasat dan ilmu itu sudah lama wujud di dunia ini.

~ Suatu hari Imam Abu Hanifah sedang duduk di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki berjalan di hadapan beliau.

“Lelaki ini orang asing, di dalam bajunya ada gula-gula dan dia adalah seorang guru kepada kanak-kanak.” kata Imam Abu Hanifah.

Seorang teman beliau yang kebetulan ada di situ ingin tahu kesahihan tekaan itu. Maka dengan senyap-senyap, dia mengikuti gerak-geri si lelaki dan diikutinya ke mana perginya. Ternyata betul, lelaki itu memang orang asing, di dalam bajunya ada menyimpan gula-gula dan seorang guru kanak-kanak.

~ Seorang lelaki yang dulunya pandai baca al-Quran bertanya kepada sebahagian ulama, lalu mereka berkata kepadanya, “Duduklah, sebab aku mencium dari ucapanmu bau ‘kekufuran’.” Tak berapa lama setelah itu, orang tersebut muncul lagi, tapi sudah masuk agama Nasrani, wal ‘iyaazu billah. Lalu ia ditanya, “Adakah ayat al-Quran yang masih kamu hafal?.” a menjawab, “Aku tidak hafal kecuali satu ayat saja, ‘Orang-orang yang kafir itu seringkali (nanti di akhirat) menginginkan kiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang-orang muslim." (al-Hijr: 2)

~ Abu Said al-Kharraz berkata, “Di Masjidil Haram, Makkah, aku melihat seorang lelaki miskin yang tidak memiliki apa-apa dan hanya mengenakan pakaian yang menutup auratnya saja. Kerana keadaannya itu, aku menghindarinya dan diriku jijik terhadapnya. Lalu ia memfirastiku seraya melantunkan firman Allah, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya.” (al-Baqarah: 235)

Maka aku pun menyesali atas sikapku tersebut dan memohon ampun kepada Allah. Lalu dia melantunkan ayat lagi, “Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan…” (asy-Syura: 25)

1 komentar:

cahaya ketenangan mengatakan...

salam...hebat sungguh ulama-ulama...ana pernah dgr satu hadis nabi yang mengatakan berhati-hatilah dengan firasat org beriman kerana dia memandang dengan nur Allah...