Pages

Rabu, November 26, 2008

Insan Berjiwa Sunnah (Dedikasi Buat Syeikh Al-Albani)

Dalam abad

ini

susah hendak

ditemui

seorang insan

yang benar-benar

menjiwai sunnah.


Percaya atau tidak

itulah hakikatnya

seorang eropah

tulen

yang sangat

menyintai hadis.


Al-Albani

dialah pengkaji hadis

dialah pengarang

buku-buku sunnah.


Al-Albani

tekun kau

meneliti hadis

gigih kau

mengikuti sunnah.


Al-Albani

akhlakmu sungguh dermawan

kau mudah belas kasihan

kepada yang susah.


Al-Albani

sepanjang hidupmu

malam dan siang

hingga akhir

hayatmu

tetap kau

membela sunnah.


Kaulah mujaddid

kaulah ulama hadis

yang termasyhur

di abad ini.


Jasamu

sungguh berharga

karya-karyamu

sungguh menakjubkan

sungguh kau

telah mendapat

hidayah kebenaran.


Moga Ilahi

merahmatimu, memberkatimu

dan mengasihanimu

wahai syeikh

yang mulia.


M.A.Uswah,

Sandakan,

14 Ogos 2005.


(Baca sajak di atas ini dengan fikiran dan hati yang terbuka. Saya cipta puisi di atas ini bukanlah menunjukkan saya menyebelahi mana-mana pihak atau manhaj. Lagipun saya cipta sajak di atas sudah lama iaitu pada tahun 2005. Masa itu manhaj pegangan saya ialah salafi. Tapi, sekarang saya amat berfikiran terbuka dan memilih untuk berada di manhaj pertengahan. Tapi, walaubagaimanapun saya amat mengagumi kehidupan dan peribadi Syeikh Al-Albani ini. Saya cipta sajak di atas khusus untuk beliua sebagai mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan beliau selama ini terutama dalam bidang ilmu hadis. Semoga Allah meredhainya dan menempatkannya dalam keluasan jannahNya.)

Senin, November 24, 2008

Abdullah Azzam, Mujahid Afghanistan Yang Menemui Syahid

Setelah lengkap berpakaian, pada tengah hari Jumaat, 24 November 1989, Abdullah Azzam bersama 2 orang anaknya, Muhammad dan Ibrahim melangkah keluar dari rumahnya untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sab’ul lail di Pakistan.


Mereka menggunakan kenderaan untuk ke masjid tersebut. Perjalanan ke masjid dari rumah beliau tidaklah jauh. Hanya kira-kira 10 minit menaiki kenderaan. Setelah lima minit Abdullah Azzam dan 2 orang anaknya meninggalkan rumah kediaman mereka, satu letupan kuat dan menggegarkan mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.


Orang-orang berhamburan keluar dari masjid dan menyaksikan pemandangan yang mengerikan. Hanya sedikit saja yang tersisa dari kendaraan yang hancur lebur. Tubuh anaknya yang kecil, Ibrahim, terlempar ke udara sejauh 100 meter, demikian pula anaknya seorang lagi, beterbangan pada jarak yang hampir sama. Potongan-potongan tubuh mereka tersebar di pohon-pohon dan kawat-kawat listrik. Sementara tubuh As-Syahid Syeikh Abdullah Azzam tersandar di dinding, tetap utuh dan tidak cacat sama sekali, kecuali sedikit darah terlihat mengalir dari mulut beliau.

“Kecintaan pada jihad telah menguasai hidupku, jiwaku, perasaanku, hatiku, dan segenap inderaku.”

Begitulah Abdullah Azzam, salah satu putera terbaik Palestin, mengungkapkan kecintaannya pada jihad. Beliau ialah ulama yang mendakwahkan jihad dan memasukkannya ke rumah-rumah kaum muslimin. Menyalakan api jihad dalam dada ribuan pemuda Islam, lalu membawa nyala jihad itu ke Afganistan dan ke seluruh penjuru dunia.

Beliau ialah mujahid yang mencurahkan seluruh hidupnya untuk berjihad di jalan Allah. Ahli zuhud yang berpaling dari kemewahan dunia dan memilih kenikmatan medan jihad. Ratusan tulisan dan pidatonya, oleh para ulama dan cendekiawan muslim di dunia, diakui mampu menghidupkan roh baru dalam diri umat. Seolah-olah beliau dipilih Allah SWT untuk menegakkan kembali kewajiban yang telah dilupakan sebagian besar umat Islam, iaitu jihad.

Beliaulah yang menyedarkan umat, jihad ialah nyawa dan eksistensi ummat Islam. Dalam sebuah wasiatnya beliau mengatakan, “Sesungguhnya orang-orang yang beranggapan bahwa agama Allah akan jaya tanpa jihad dan perang, tanpa titisan darah dan luka-luka tubuh mereka adalah para pemimpi yang tidak tahu tabiat agama ini. Jihad adalah tulang punggung dakwah kalian, benteng agama kalian dan perisai syariat kalian”

Abdullah Azzam ialah cahaya pada wajah umat abad dua puluh. Ketokohannya dalam membawa umat memahami cara hidup yang dikehendaki Islam sangat besar. Dialah yang menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.. dan menyatukan madrasah (tempat menuntut ilmu) dengan mu`askar (tempat latihan perang). Menyatukan masjid dengan medan tempur. Dan menyatukan ucapan dengan perbuatan. Dia bukan ulama biasa, namun ulama dan mujahid besar yang pantas mendapat gelaran syeikhul jihad abad 20. Namanya pantas disejajarkan dengan Abdullah bin Mubarak dan Izzudd

in bin Abdussalam.

Lahirnya

Abdullah Azzam lahir pada tahun 1941 di desa Asba’ah Al-Hariyeh, Jenin, Palestin yang diduduki Israel. Beliau dibesarkan di sebuah rumah yang bersahaja dimana beliau dididik Agama Islam, ditanamkan kecintaan terhadap Allah SWT dan RasulNya s.a.w., terhadap mujahid yang berjuang di jalan-Nya, dan terhadap orang-orang yang shaleh yang mencintai kehidupan akhirat.

Semasa masih kanak-kanak, Abdullah Azzam sangat menonjol di antara kanak-kanak lainnya. Beliau sudah mulai menyiarkan dakwah Islam semenjak masih sangat muda. Teman-teman sepergaulan mengenal beliau sebagai seorang anak yang soleh. Beliau telah menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa sejak muda dan guru-guru beliau telah mengenali tanda-tanda itu sejak beliau masih di Sekolah Dasar.

Pendidikannya

Syeikh Abdullah Azzam dikenal kerana ketekunan dan kesungguhannya bahkan sejak masih kecil. Beliau memperoleh pendidikan dasar dan menengah di desanya dan kemudian melanjutkan pendidikan di Sekolah Tinggi Pertanian Khadorri hingga memperoleh gelar. Meskipun beliau yang termuda di antara teman-temannya, namun beliau adalah yang terpandai dan terpintar.

Setelah menamatkan pendidikannya di Khadorri beliau bekerja sebagai guru di desa Adder, Jordan Selatan. Kemudian beliau menuntut ilmu di Fakulti Syariah Universiti Damsyik Suriah hingga memperoleh gelar B.A (sarjana muda) di bidang Syariah pada tahun 1966. Ketika tentara Yahudi merebut Tebing Barat pada tahun 1967, Syeikh Abdullah Azzam memutuskan untuk pindah ke Jordan, kerana beliau tidak ingin hidup di Palestin yang berada di bawah pendudukan Yahudi. Melihat bagaimana tentera-tentera Israel maju memasuki Tebing Barat tanpa mendapatkan perlawanan yang berarti menimbulkan perasaan bersalah dalam diri beliau sehingga membuat beliau makin mantap untuk hijrah dengan maksud agar dapat mempelajari ilmu perang.

Menyertai Jihad Palestin

Syeikh Abdullah Azzam cukup lama turut serta dalam jihad Palestin. Namun ada hal yang tidak disukainya, iaitu orang-orang yang terlibat di dalamnya sangat jauh dari Islam. Beliau menggambarkan bagaimana orang-orang ini berjaga-jaga sepanjang malam sambil bermain kartu dan mendengarkan muzik, dan menganggap bahwa mereka sedang menunaikan jihad untuk membebaskan Palestin. Syeikh Abdullah Azzam menyebutkan juga meskipun ada ribuan orang di basis-basis pemukiman, tetapi jumlah orang yang hadir untuk solat berjamaah bisa dihitung dengan satu tangan saja. Beliau

berusaha mendorong mereka untuk menerapkan Islam sepenuhnya, namun mereka bertahan untuk menolak. Suatu hari beliau bertanya kepada seorang ‘Mujahid’ secara retoris, agama apa yang ada di belakang revolusi Palestin, ‘Mujahid’ itu menjawab dengan jelas dan gamblang: “Revolusi ini tidak memiliki dasar agama apapun”

Habislah kesabaran Abdullah Azzam. Beliau kemudian meninggalkan Palestin, pindah ke Arab Saudi dan mengajar di berbagai universitas di sana.

Kesedaran Jihad dan Menyertai Jihad Afghanistan

Saat Syeikh Abdullah Azzam menyedari bahawa hanya dengan kekuatan yang terorganisir umat ini bisa menggapai kemenangan, lalu jihad dan senjata adalah kesibukan dan pengisi waktu luangnya.

“Jihad hanya dengan senjata, tidak dengan negosiasi, tidak dengan perundingan damai, tidak dengan dialog”

Kalimat tersebut menjadi semboyan beliau. Beliau praktikkan apa yang selalu beliau kumandangkan, sehingga membuat beliau menjadi salah satu di antara orang Arab pertama yang bergabung dalam jihad di Afghanistan melawan Uni Soviet yang komunis.

Pada tahun 1980, ketika masih di Saudi Arabia, Abdullah Azzam memperoleh kesempatan berjumpa dengan satu delegasi mujahidin Afghanistan yang datang untuk menunaikan ibadah haji. Segera beliau tertarik dengan kelompok ini dan ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai jihad Afghanistan. Ketika dijabarkan kepadanya, beliau merasa inilah yang sejak lama beliau cari-cari.

Beliau segera melepaskan jabatannya sebagai dosen di Universiti King Abdul Aziz Jeddah Saudi Arabia, dan berangkat menuju Islamabad Pakistan agar dapat lebih dekat dengan jihad Afghanistan, dan di sanalah beliau mengenal pemimpin-pemimpin mujahidin. Saat-saat pertama berada di Pakistan, beliau ditunjuk untuk memberikan kuliah di International Islamic Universiti di Islamabad. Namun tidak lama ini berlangsung, karena beliau memutuskan untuk meninggalkan universitas agar bisa mencurahkan seluruh waktu dan energinya untuk jihad di Afghanistan.

Pada permulaan dekad 1980-an, Syeikh Abdullah Azzam langsung turun ke medan jihad Afghanistan. Di jihad inilah beliau merasa puas bisa memenuhi kerinduan dan cinta yang tak terlukiskan untuk berjuang di jalan Allah SWT, persis seperti suatu kali Rasulullah SAW bersabda:

قيام ساعة في الصف للقتال في سبيل الله خير من قيام ستين سنة

“Berdiri satu jam dalam pertempuran di jalan Allah SWT lebih baik daripada berdiri menunaikan solat selama enam puluh tahun”

Terinspirasi oleh hadis ini, Syeikh Abdullah Azzam beserta keluarganya memutuskan pindah ke Pakistan agar lebih dekat dengan medan jihad. Tidak lama setelah itu beliau pindah lagi dari Islamabad ke Peshawar supaya bisa lebih dekat lagi dengan medan jihad dan syahid.

Di Afghanistan beliau jarang menetap di suatu tempat. Beliau selalu berkeliling ke seluruh pelosok negeri mengunjungi hampir seluruh propinsi dan wilayah seperti Logar, Kandahar, pegunungan Hindukush, lembah Panshir, Kabul dan Jalalabad. Dalam kunjungan ini, Syeikh Abdullah Azzam menyaksikan secara langsung kepahlawanan orang-orang awam yang telah mengorbankan segala apa yang dimiliki termasuk jiwa mereka demi jayannya Dien Islam.

Di Peshawar, setelah kembali dari berkeliling, Syeikh Abdullah Azzam selalu berbicara tentang jihad secara kontinyu. Beliau selalu berdoa agar para Komandan Mujahidin yang terpecah belah dapat bersatu padu. Beliau selalu mengundang orang-orang yang belum bergabung dalam pertempuran untuk memanggul senjata dan maju ke garis depan sebelum terlambat.

Sangat Dipengaruhi Jihad Afghanistan

Abdullah Azzam sangat dipengaruhi oleh jihad Afghanistan dan beliaupun sangat besar pengaruhnya pada jihad ini, sejak beliau mengabdikan diri sepenuhnya dalam perjuangan. Beliau menjadi salah satu tokoh yang paling menonjol dan berpengaruh bersama dengan pemimpin-pemimpin bangsa Afghanistan lainnya. Beliau tidak tanggung-tanggung mempromosikan perjuangan Afghanistan ke seluruh dunia, khususnya ke kalangan Umat Islam. Beliau berkeliling dunia, menyampaikan panggilan kepada kaum muslimin untuk beraksi mempertahankan agama dan tanah muslim. Beliau menulis sejumlah buku tentang jihad, seperti Joint the Caravan, Signs of Ar-Rahman in the Jihad of the Afghan, Defence of the Muslim Lands and Lovers of the Paradise Maidens. Bahkan beliau turun langsung ke medan jihad Afghanistan, meskipun usia beliau telah lebih dari 40 tahun. Beliau menjelajahi Afghanistan, dari utara ke selatan, dari timur ke barat, menembus salju, mendaki pegunungan, di bawah panas terik matahari dan dingin membekukan tulang, dengan menunggang keledai maupun berjalan kaki. Banyak pemuda yang bersama beliau kelelahan, namun Syeikh Abdullah Azzam tidak.

Beliau mengubah pandangan umat Islam terhadap jihad di Afghanistan dan menjadikan jihad ini sebagai perjuangan yang Islami yang merupakan kewajiban seluruh umat Islam di dunia. Hasil dari usaha ini adalah jihad Afghanistan menjadi universal dimana umat Islam dari seluruh penjuru dunia turut serta. Para pejuang muslim dari seluruh penjuru dunia secara sukarela berdatangan ke Afghanistan untuk memenuhi kewajiban jihad dan membela saudara-saudara muslimin dan muslimah mereka yang tertindas.

Kehidupan Syeikh Abdullah Azzam berkisar hanya kepada satu tujuan, yakni menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi ini, yang merupakan tanggung jawab yang pasti bagi setiap dan segenap umat muslim. Dalam rangka melaksanakan tugas suci dalam hidup ini yaitu menegakkan kembali Khilafah Islamiyah (negara yang berdasarkan pada hukum Islam), Syeikh Abdullah Azzam mengkonsentrasikan kepada jihad (perjuangan bersenjata untuk menegakkan Islam). Beliau berkeyakinan bahwa jihad wajib dilaksanakan sampai Khilafah Islamiyah ditegakkan sehingga cahaya Islam menerangi seluruh dunia.

Beliau juga menjaga dan memelihara keluarganya dengan semangat perjuangan yang sama, sehingga isterinya, sebagai contoh, aktif mengurus anak-anak yatim piatu dan aktif dalam berbagai tugas kemanusiaan di Afghanistan. Beliau menolak jabatan di beberapa universitas dengan menyatakan bahwa dirinya tidak akan pernah meninggalkan jihad kecuali jika gugur di medan perang atau terbunuh. Beliau selalu menekankan kembali bahwa tujuannya yang terakhir adalah membebaskan tanah suci Palestin. Dalam hal ini beliau menyatakan:

“Saya tidak akan meninggalkan tanah jihad kecuali karena tiga hal. Pertama saya terbunuh di Afghanistan, kedua saya terbunuh di Pakistan, ketiga saya diborgol dan diusir dari Pakistan.”

Jihad Afghanistan telah membuat Abdullah Azzam menjadi penyangga utama dalam gerakan jihad di jaman modern sekarang. Dengan turun langsung dalam jihad ini dan dengan mempromosikannya serta menjelaskan kendala-kendala yang menghambat gerakan jihad, beliau memiliki peranan yang sangat berarti dalam meluruskan pendapat umat Islam tentang jihad dan perlunya menegakkan jihad. Beliau menjadi panutan bagi generasi muda yang menyambut panggilan jihad. Beliau amat mementingkan jihad dan butuh akan jihad. Sekali waktu beliau berkata:

“Saya merasa seolah-olah berumur sembilan tahun. Tujuh setengah tahun dalam jihad di Afghanistan dan satu setengah tahun dalam jihad di Palestina. Sisa tahun lainnya tidak berarti sama sekali”

Dari atas mimbar Syeikh Abdullah Azzam berulangkali menekankan keyakinannya:

“Jihad tidak boleh ditinggalkan sampai hanya Allah SWT saja yang disembah, jihad akan terus berlangsung sampai kalimat Allah SWT ditinggikan. Jihad sampai semua orang yang tertindas dibebaskan. Jihad untuk melindungi kehormatan kita dan merebut kembali tanah kita yang dirampas. Jihad adalah jalan untuk mencapai kejayaan abadi”

Sejarah dan semua orang yang mengenal dekat Syeikh Abdullah Azzam mencatat keberanian beliau dalam berbicara tentang kebenaran, dengan mengabaikan segala konsekuensi yang ada.

Setiap saat Syeikh Abdullah Azzam mengingatkan seluruh kaum muslimin bahwa:



“Umat Islam tidak dapat dikalahkan oleh umat lainnya, kita umat Islam tidak akan dikalahkan oleh musuh-musuh kita, namun kita bisa dikalahkan oleh diri kita sendiri.”

Seorang Yang Berperilaku Islami

Syeikh Abdullah Azzam adalah contoh seorang yang berperilaku Islami dengan baik, dengan amal solehnya, dengan ketaqwaannya kepada Allah SWT dan dengan kesederhanaannya dalam segala hal. Beliau tidak pernah mencemari hubungan baiknya dengan orang lain. Syeikh Abdullah Azzam selalu mendengarkan pendapat para pemuda, beliau amat disegani dan tidak terbersit sedikitpun rasa takut di dalam hatinya. Beliau selalu berpuasa selang seling hari seperti yang dilakukan Nabi Daud ‘alaihi salam. Dan juga selalu menghimbau yang lainnya untuk berpuasa Senin dan Kamis. Syeikh Abdullah Azzam adalah orang yang selalu berterus terang, tulus, dan mulia. Beliau tidak pernah mencaci orang lain atau berbicara yang tidak baik mengenai orang lain.

Satu saat sekelompok muslim yang tidak puas di Peshawar mencap Syeikh Abdullah Azzam sebagai kafir dan menuduhnya meminta wang dari kaum muslimin untuk dihambur-hamburkan. Ketika Syeikh Abdullah Azzam mendengar hal ini, beliau tidak mencari dan mendebat mereka, malah mengirimi mereka berbagai hadiah. Namun kelompok tersebut tetap saja mencaci maki, mengumpat dan memfitnah beliau, dan beliau terus saja mengirimi mereka hadiah lainnya. Bertahun-tahun kemudian, ketika akhirnya menyedari kesalahan, mereka berkomentar:

“Demi Allah, kami belum pernah menemui seseorang seperti Syeikh Abdullah Azzam. Beliau tetap saja memberi kami wang walaupun kami selalu mengutuk dan mencaci beliau.”

Selama jihad Afghanistan berlangsung, beliau telah berhasil menyatukan berbagai kelompok mujahidin dalam jihad ini. Dan tentu saja kebanggaan beliau terhadap Islam menimbulkan rasa benci di kalangan musuh agama, sehingga musuh membuat rencana untuk menghabisi nyawa beliau. Pada November 1989, sejumlah bahan peledak TNT diletakkan di bahwa mimbar dimana beliau selalu menyampaikan khutbah Jumat. Demikian besarnya jumlah bahan peledak tersebut sehingga seandainya meledak akan menghancurkan seluruh masjid termasuk apa saja dan siapa saja yang ada di dalamnya. Ratusan muslimin dapat terbunuh. Namun Allah SWT memberikan perlindungan-Nya dan bom tersebut tidak meledak.

Syahid Dengan Cara Gemilang

Musuh-musuhpun semakin berhasrat melaksanakan rencana gilanya. Mereka mencubanya sekali lagi di Peshawar, tidak lama berselang setelah kejadian tersebut. Ketika itulah Allah SWT berkehendak agar Syeikh Abdullah Azzam meninggalkan dunia ini dalam keadaan syahid menuju haribaaan-Nya (kita berharap demikian, Insya Allah SWT). Dan Syeikh Abdullah Azzam wafat dengan cara yang gemilang pada hari Jumat 24 November 1989 pukul 12.30 tengah hari.

Musuh-musuh Allah SWT meletakkan tiga bom di jalan sempit dimana hanya bisa dilewati satu kenderaan saja. Jalan tersebut adalah jalan yang biasa dilalui oleh Syeikh Abdullah Azzam untuk menunaikan solat Jumaat. Pada hari Jumaat itu Syeikh Abdullah Azzam bersama dengan 2 anaknya, Ibrahim dan Muhammad, serta salah seorang anak Syuhada Syeikh Tamim Adnani (salah seorang pahlawan jihad Afghanistan lainnya), melalui jalan tersebut. Kenderaanpun berhenti dimana bom yang pertama berada dan Syeikh Abdullah Azzam turun untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Musuh-musuh yang sudah menanti segera memicu bom yang telah mereka persiapkan tersebut. Bunyi ledakan dahsyat menggoncang hebat terdengar di seluruh penjuru kota.

Orang-orang berhamburan keluar dari masjid dan menyaksikan pemandangan yang mengerikan. Hanya sedikit saja yang tersisa dari kendaraan yang hancur lebur. Tubuh anaknya yang kecil, Ibrahim, terlempar ke udara sejauh 100 meter, demikian pula kedua anak lainnya, beterbangan pada jarak yang hampir sama. Potongan-potongan tubuh mereka tersebar di pohon-pohon dan kawat-kawat listrik. Sementara tubuh As-Syahid Syeikh Abdullah Azzam tersandar di dinding, tetap utuh dan tidak cacat sama sekali, kecuali sedikit darah terlihat mengalir dari mulut beliau.


Ledakan itu telah mengakhiri perjalanan hidup Syeikh Abdullah Azzam di dunia yang
telah beliau lalui dengan baik melalui perjuangan, daya upaya sepenuhnya dan pertempuran di jalan Allah SWT. Hal ini semakin menjamin kehidupannya yang sebenarnya dan abadi di taman syurga – kita memohon kepada Allah SWT demikian - , dan menikmatinya bersama dengan teman-teman yang mulia yakni:

وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقاً

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya mereka ini akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah SWT, yaitu para Rasul, para Shiddiqiin, orang-orang yang mati Syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka inilah teman yang sebaik-baiknya”. (QS An-Nisaa’: 69)

Pengurusan Jenazahnya

Apabila orang ramai mengetahui bahawa yang terbunuh itu ialah Abdullah Azzam, ramai di antara mereka menitiskan air mata. Orang ramai kemudiannya membantu membawa mayat beliau dan 2 orang anaknya ke hospital yang berdekatan.

Setelah doktor mengesahkan ketiga-tiga mereka itu tidak lagi bernyawa, maka jenazah tersebut kemudiannya dibawa ke rumah rakan seperjuangan beliau, pemimpin Ittihad Islami, Abdul Rabbir Rasul Sayyaf sementara menunggu untuk dikebumikan.

Dalam pada itu, orang ramai yang menunggu jenazah Abdullah Azzam dan anaknya, terbau haruman kasturi daripada bilik tempat jenazah mereka ditempatkan. Ini menguatkan lagi keyakinan mereka, bahawa Abdullah Azzam serta 2 orang anaknya, dicabut nyawa oleh Allah sebagai seorang syuhada. Haruman tersebut ialah salah satu petanda bahawa perjuangan Abdullah Azam telah mencapai matlamat yang sering dirindukannya.

Pada solat Maghrib malam itu, ribuan orang daripada pelbagai lapisan bangsa yang hadir untuk solat jenazah kepada jasad Abdullah Azzam berserta 2 orang anaknya itu.


Dengan cara seperti inilah pahlawan besar dan Penggerak Kebangkitan Islam meninggalkan medan jihad dan dunia ini, dan tidak akan pernah kembali lagi. Beliau dimakamkan di Makam para Syuhada Pabi di Peshawar Pakistan, dimana beliau bergabung bersama-sama dengan ratusan syuhada lainnya. Semoga Allah SWT menerima beliau sebagai syuhada dan menganugerahinya tempat tertinggi di surga (amin). Pertempuran yang telah beliau lalui dan telah beliau perjuangkan tetap berlanjut melawan musuh-musuh Islam. Tidak satupun tanah jihad di seluruh dunia, tidak seorang pun mujahidin yang berjuang di jalan Allah SWT yang tidak terinspirasi oleh hidup, ajaran, dan karya Syeikh Abdullah Azzam Rahmatullah ‘alaih

Kita memohon kepada Allah SWT untuk menerima amal ibadah beliau dan menempatkan beliau di surga tertinggi. Kita memohon kepada Allah SWT untuk membangkitkan dari umat ini ulama-ulama lain sekaliber beliau, yang menerapkan pengetahuannya di medan perjuangan, bukan hanya menyimpannya di dalam buku dan di dalam masjid saja.


Melalui biografi ini, telah dirakam kejadian-kejadian dalam sejarah Islam selama sepuluh tahun terakhir dari tahun 1979 hingga 1989, dan akan terus berlanjut sebagaimana Syeikh Abdullah Azzam berkata:

“Sesungguhnya sejarah Islam tidaklah ditulis melainkan dengan darah para syuhada, dengan kisah para syuhada, dengan teladan para syuhada”


يُرِيدُونَ أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللّهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33)

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah SWT dengan mulut mereka, dan Allah SWT tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai” (At-Taubah: 32-33)

Susunan:

M.A.Uswah,

Sandakan,

24 November 2008.

Rujukan:

- Majalah Al-Islam, Ogos 2005.

- http://perisaidakwah.com/content/view/20/27/

- http://www.namaislami.com/Biography/Abdullah-Azzam.html

Rabu, November 19, 2008

Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi, Ulama Hadis India Terkenal

Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi dilahirkan pada 10 Ramadhan 1315H, bertepatan dengan 12 Februari 1898, di sebuah desa bernama Kandlah di wilayah Uttar Pradesh, India, dari sebuah keluarga yang mempunyai sejarah panjang dalam pengabdian pada agama. Silsilah keluarga beliau bersambung sampai kepada sahabat besar Nabi, Abu Bakar As-Siddiq r.a..

Semasa kecil Zakariyya mulai belajar membaca kepada Hakim Abdur Rahman, kemudian menghafal Al-Quran di bawah bimbingan langsung sang ayah, Maulana Muhammad Yahya, seorang ulama besar yang cukup terpandang di India. Setelah itu belajar bahasa Parsi dan bahasa Arab kepada Maulana Muhammad Ilyas, pendiri gerakan Tabligh.

Pada usia 12 tahun, Maulana Zakariyya dibawa oleh sang ayah ke Madrasah Mazahirul Ulum. Di bawah bimbingan sang ayah, beliau mempelajari bahasa Arab tingkat lanjut, teks-teks klasik, nahwu, saraf dan ilmu mantiq.

Ketika menginjak usia 17 tahun, minat utamanya mulai terfokus pada bidang kajian ilmu hadis. Beliau mempelajari 5 dari 6 kutubussittah. Bahkan beliau sempat belajar untuk kedua kalinya kitab Sahih Bukhari dan Sunan at-Tirmizi kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Selama mempelajari kitab-kitab tersebut, Maulana Zakariyya selalu menjaga wudhuk.

Maulana Zakariyya memulai karier mengajarnya pada tahun 1335H, ketika beliau ditunjuk untuk mengajar di mata pelajaran nahwu, saraf dan sastera. Pada tahun 1341H, kemudian ditunjuk untuk mengajar tiga bahagian dari kitab Sahih Bukhari dan pada tahun 1344H ditambah lagi mengajar kitab Mishkat al-Masabih.

Pada tahun 1345H, beliau berkesempatan mengunjungi tanah suci. Di Madinah beliau tinggal selama 1 tahun dan selama itu mengajar Sunan Abi Daud di Madarasah Ulum Shar’iyyah. Di Kota Nabi ini, Maulana mulai menulis Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik, syarah kitab Al-Muwatta’nya Imam Malik, ketika itu beliau berumur 29 tahun.

Ketika kembali ke India, beliau mulai lagi mengajar kitab Sunan Abi Daud, Sunan al-Nasai, Al-Muwatta Imam Muhammad dan separuh bagian dari Sahih Bukhari, separuhnya lagi diajarkan oleh direktur madrasah. Setelah sang direktur wafat, tugas mengajar Sahih Bukhari ini diberikan seluruhnya kepada Maulana Zakariyya.

Selama hidup beliau, beliau telah mengajar separuh bahagian pertama dari Sahih Bukhari selama 25 kali, mengajar seluruh kitab tersebut selama 16 kali dan mengajar kitab Sunan Abi Daud sebanyak 30 kali. Karier beliau mengajar bertahan sampai tahun 1388H, ketika beliau menderita sakit mata yang tidak memungkinkan lagi untuk terus mengajar.

Kecintaan Maulana Zakariyya pada agama, terutama pada kajian ilmu hadis, sangat total. Total waktu yang dihabiskan beliau untuk belajar dan mengajar hadis adalah selama kurang lebih 60 tahun.

Dalam kurun waktu tersebut beliau juga telah menulis lebih dari 80 kitab yang sangat tinggi nilainya dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia. Beberapa kitab yang beliau tulis dalam bidang kajian hadis antara lain ; Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik (syarah dari kitab Muwatta Imam Malik, terdiri dari 6 jilid), Lami’ al-Dirari ‘ala Jami’ al-Bukhari (syarah dari kitab Sahih Bukhari), Syarah Muslim (syarah Sahih Imam Muslim), Juz’ Hajjat al-Wida’ wa ‘Umrat al-Nabi (Berisi tentang haji dan umrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., juga memuat tentang masalah hukum haji, lokasi, dan tempat-tempat yang pernah dilalui atau disinggahi oleh Rasuulllah s.a.w.), Khasa’il Nabawi Sharh Shama’il al-Tirmidhi (syarah dan komentar terhadap kitab al-Shama’il al-Muhammadiyya-nya Imam Tirmidzi yang berisi tentang hadis-hadis yang berkenaan dengan peri kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.) dan beberapa kitab lainnya.

Karya beliau yang paling terkenal ialah Fadhail Amal. Diikuti dengan Hayatus Sahabah.

Maulana Zakariyya wafat pada 1345H.

Lebih lengkap mengenai riwayat hidup beliau bisa dibaca di buku autobiografi beliau yang ditulis dengan cara yang unik oleh beliau sendiri dengan judul “Aap Beeti”, yang setakat ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul “Autobiografi Zakariyya Al-Kandahlawi”.

Membaca kisah belajar, mengajar, menulis, ketekunan dan semangat Maulana Zakariyya dalam pengabdiannya kepada agama, khususnya dalam ilmu hadis harusnya membuat kita menjadi malu.

Pertanyaan sederhana untuk kita, apa yang telah kita lakukan untuk memajukan agama yang kita cintai ini?

Minggu, November 16, 2008

Sayyidah Nafisah, Sufi, Alim Dan Guru Imam Syafie

Sayyidah Nafisah ialah salah satu keturunan Rasulullah s.a.w.. Beliau puteri Imam Hasan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Imam Hasan bin Imam Ali r.a.. Beliau lahir di Makkah, pada 11 Rabiulawal 145H, hidup dan besar di Madinah.

Hijrah Ke Mesir

Demi keamanan dan ketenangan hidup Sayyidah Nafisah berhijrah ke Mesir bersama suaminya, Ishaq al-Mu'tasim bin Ja'far as-Siddiq, pada tahun 193H, setelah sebelumnya ziarah ke makam Nabi Ibrahim a.s.. Di Mesir beliau tinggal di rumah Ummi Hani’.

Sayyidah Nafisah menetap di Mesir selama 7 tahun. Penduduk Mesir sangat menyayanginya dan percaya akan karamahnya. Mereka selalu berduyun-duyun mendatanginya, berdesakan mendengarkan mauizahnya dan memohon doanya. Hal ini membuat suaminya berfikir untuk mengajaknya pindah ke tanah Hijaz, namun beliau menolak dan menjawab: “Aku tidak bisa pergi ke Hijaz kerana aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.. Beliau berkata kepadaku: "Janganlah kamu pergi dari Mesir kerana nanti Allah akan mewafatkanmu di sana (di Mesir).”

Peribadinya

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain. Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya Sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.

Keutamaannya

Sayyidah yang mulia ini sudah mendapatkan keutamaan sejak kecil lagi. Suatu ketika, demikian al-Hafiz Abu Muhammad dalam kitabnya Tuhfatul Asyraf bercerita: Al-Hasan, ayahanda Sayyidah Nafisah membawa Nafisah semasa kecil ke makam Rasulullah s.a.w.. Di sini sang ayah berkata : "Tuanku, Bagindaku Rasulullah, ini puteriku. Aku redha dengannya. Kemudian keduanya pulang. Di malam hari sang ayah bertemu Rasulullah bersabda: "Wahai Hasan Aku redha dengan puterimu Nafisah kerana keredhaanmu itu. Dan Allah SWT juga redha kerana redhaku itu.

Salah satu keutamaan Sayyidah Nafisah adalah selama hidupnya beliau telah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 4000 kali. Selain itu, meskipun tinggal jauh dari tanah suci, beliau melakukan ibadah haji sebanyak 17 kali.

Sayyidah Nafisah dan Imam Syafie

Sejarah sepakat mengatakan bahawa Sayyidah Nafisah semasa dengan Imam Syafie. Keduanya saling menghormati. Di ceritakan bahawa Imam Syafie meriwayatkan hadis dari Sayyidah Nafisah. Setiap berkunjung ke kediaman Sayyidah Nafisah Imam Syafie dan pengikutnya sangat menjunjung tinggi adab sopan santun terhadap beliau.

Imam Syafie setiap tertimpa penyakit selalu mengirim utusan ke Sayyidah Nafisah agar berkenan mendoakannya dengan kesembuhannya. Dan benar, setelah itu Imam Syafie mendapatkan kesembuhan. Ketika Imam Syafie tertimpa penyakit yang menyebabkan beliau wafat, Sayyidah Nafisah berkata pada utusan Imam Syafie: "Semoga Allah memberikan kenikmatan pada Syafie dengan melihat wajahNya yang mulia.”

Karamahnya

Sebelum menceritakan karamah-karamah Sayyidah yang mulia ini, perlu diketahui bahwa suami Sayyidah Nafisah (Ishaq bin al Mu'taman bin Ja'far ash Shadiq) pernah berkeinginan untuk memindah makam beliau ke pemakaman Baqi' (Madinah). Kemudian penduduk Mesir meminta suami Sayyidah Nafisah untuk mengurungkan keinginannya, kerana penduduk Mesir ingin mendapatkan berkah darinya. Akhirnya, pada suatu malam suami Sayyidah Nafisah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda, "Wahai Abu Ishaq, janganlah kamu menentang keinginan penduduk Mesir, karena Allah akan memberikan berkahNya kepada penduduk Mesir melalui Sayyidah Nafisah".

Di antara karamahnya ialah ketika pembantu Sayyidah Nafisah yang bernama Jauharah keluar rumah untuk membawakan air wudhu untuk beliau, pada waktu itu hujan deras sekali. Akan tetapi, tapak kaki Jauharah tidak basah dengan air hujan.

Di antara karamahnya juga ialah, ada sebuah keluarga Yahudi yang tinggal di dekat kediaman Sayyidah Nafisah di Mesir. Keluarga itu mempunyai seorang anak perempuan yang lumpuh. Suatu ketika ibu anak itu berkata: "Nak, kamu mahu apa ? Kamu mahu ke kamar mandi ?. Si anak tiba-tiba berkata: "Aku ingin ke tempat perempuan mulia tetangga kita itu.” Setelah si ibu minta izin pada Sayyidah Nafisah dan beliau memperkenankannya, keduanya datang ke kediaman Sayyidah Nafisah. Si anak didudukkan di pinggir rumah. Ketika datang waktu solat Zuhur, Sayyidah Nafisah beranjak untuk berwudhuk di dekat gadis kecil itu. Air wudhuk beliau mengalir ke tubuh anak tersebut. Seperti mendapatkan ilham anak itu mengusap anggota tubuhnya dengan air berkah tersebut. Dan seketika itu juga ia sembuh dan bisa berjalan seperti tidak pernah sakit sama sekali.

Kemudian si anak pulang dan mengetuk pintu. Pintu dibuka oleh ibunya. Dengan hairan dia bertanya: "Kamu siapa Nak?” “Aku puterimu.” Sambil memeluk si ibu bertanya bagaimana ini bisa terjadi. Si anak kemudian bercerita dan akhirnya keluarga itu semuanya masuk Islam.

Selain itu, pernah suatu ketika sungai Nil berhenti mengalir dan mengering. Orang-orang mendatangi Sayyidah Nafisah dan memohon doanya. Beliau memberikan selendangnya agar dilempar ke sungai Nil. Mereka melakukannya. Dan seketika itu juga sungai Nil mengalir kembali dan melimpah.

Karamah-karamah beliau setelah wafat juga banyak. Di antaranya, pada tahun 638H, beberapa pencuri menyelinap ke masjidnya dan mencuri enam belas lampu dari perak. Salah seorang pencuri itu dapat diketahui, lalu dihukum dengan diikat pada pohon. Hukuman itu dilaksanakan di depan masjid agar menjadi pelajaran bagi yang lain. Pada tahun 1940, seseorang yang tinggal di daerah itu bersembunyi di masjid itu pada malam hari. Ia mencuri syal dari Kasymir yang ada di makam itu. Namun, ia tidak menemukan jalan keluar dari masjid itu dan tetap terkurung di sana sampai pelayan mesjid datang di waktu subuh dan menangkapnya.

Wafatnya

Al-Sakhawi bercerita, "Ketika Sayyidah Nafisah merasakan ajalnya sudah dekat, beliau menulis surat wasiat untuk suaminya, dan menggali kubur beliau sendiri di rumahnya. Kubur yang digalinya itu ialah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian. Kemudian beliau turun ke liang kubur itu, memperbanyak solat dan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 109 kali. Kalau tidak mampu berdiri, beliau solat dengan duduk, memperbanyak tasbih dan menangis. Ketika sudah sampai ajalnya dan beliau sampai pada ayat: “Bagi mereka (disediakan) tempat kedamaian (syurga) di sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Al-An’am: 127), beliau pengsan kemudian dan menghembuskan nafas terakhir menghadap Sang Maha Kasih Abadi pada hari Jumaat, bulan Ramadhan 208H.

Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Allah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat generasi wanita akhir zaman ini.

Rabu, November 12, 2008

Ibnu Qutaibah, Akibat Makan Pedas

Ibnu Qutaibah adalah seorang ulama besar, sasterawan dan ahli hadis besar yang mencapai tingkat al-Hafiz . Karangannya banyak dan sangat bermutu. Para ahli ilmu mengatakan bahawa sesiapa yang tidak menyimpan sebahagian dari karangan Ibnu Qutaibah di rumahnya, dia rugi atau tidak lengkap pengetahuannya.

Akibat Makan Pedas

Diceritakan bahawa pada suatu hari Ibnu Qutaibah melihat harisah yakni sejenis makanan yang dibuat daripada campuran tepung dan daging yang ditumbuk halus-halus dan dicampur dengan berbagai rempah ratus termasuk cili padi. Mungin baunya sangat wangi dan sedap. Tanpa menunggu lama, beliau menghidu makanan itu dan terus dimakannya. Ternyata terlalu sangat pedas.

Serta merta beliau mengadu kepedasan dan memekik kuat-kuat kerana mulut dan tekaknya terasa panas disebabkan terlalu pedas. Bahkan makanan tersebut sudah masuk ke dalam perutnya. Kerana terlalu pedasnya, beliau pengsan sehingga masuk waktu zuhur dan baru sedar setelah beberapa lama kemudian. Sejak sedar dari pengsannya, beliau tidak henti-hentinya menyebut:

“Asyhadu alla ilaha illallah, Asyhadu alla ilaha illallah...”

Beliau terus menyebut sehingga wafat pada waktu menjelang subuh dalam bulan Rejab tahun 276H. Radiallahu anh.

Dikutip dari:
Ensiklopedia Para Wali

Senin, November 10, 2008

SEMINAR TOKOH ULAMA SELANGOR 2008

TARIKH:
22 NOVEMBER 2008

TEMPAT:
PUSAT KONVENSYEN KUIS,
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.

ANJURAN:
JABATAN PERADABAN DAN PEMIKIRAN ISLAM,
AKADEMI ISLAM

DENGAN KERJASAMA:
BAHAGIAN DAKWAH,
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

PENDAHULUAN

Golongan ulama berperanan penting dalam membentuk sesebuah masyarakat yang berilmu, sejahtera dan berdaya saing. Menerusi jalinan keilmuan mereka, maka lahirlah beberapa generasi ulama berwibawa yang telah menyebarkan ilmu pengetahuan melalui institusi pendidikan yang telah diasaskan. Namun demikian, terdapat juga segelintir masyarakat Islam hari ini, yang kurang peka dengan sumbangan dan hasil karya yang dihasilkan. Lantaran itu, mereka berhujah mengikut pemikiran logik dengan mengenepikan pandangan ulama yang akhirnya berlaku pertelagahan sesama sendiri. Walaupun banyak kajian dan seminar mengenai ulama telah dibuat, namun tiada kajian lokasi untuk menjejaki ulama, mengumpul dan menganalisa hasil ilmiah mereka. Seminar mengenai tokoh-tokoh agama berwibawa ini amat perlu memandangkan peranan dan sumbangan mereka amat bernilai.

TUJUAN

Tujuan Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008 ini adalah seperti berikut:

- Mengetengahkan tokoh-tokoh ulama di negeri Selangor dan sumbangan mereka dalam bidang ilmu agama dan dakwah Islamiah.
- Mempromosi dan menyebarkan hasil kajian serta cetusan intelektual tokoh-tokoh ulama Selangor kepada masyarakat umum.
- Meneruskan tradisi membudayakan pengkajian ilmu-ilmu Islam oleh tokoh-tokoh agama, khususnya di Selangor.
- Menimbulkan kesedaran dan kecintaan masyarakat Islam hari ini terhadap golongan ulama, peranan dan karya-karya yang telah dihasilkan.


SKOP SEMINAR

Kategori ulama yang akan dijadikan skop kajian adalah yang mempunyai kepakaran tersendiri dan tersohor sumbangannya di mata masyarakat sama ada daripada sudut pendidikan, perundangan, dakwah dan juga penulisan. Tokoh-tokoh tersebut adakan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sebelum tahun 1900, 1901-1950, 1951- 2000 dan penumpuan kajian lebih kepada tokoh-tokoh yang telah meninggal dunia. Sebagai rujukan disenaraikan nama-nama tokoh ulama di Selangor yang boleh diketengahkan oleh pengkaji iaitu:

1.Syeikh Muhammad Bin Abdullah al-Suhaymi (m. 1925M).
2. Syeikh Muhammad Nor al-Khalidi (m. 1932M), Kg. Sungai Cincin, Gombak.
3. Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani (Syaykh al-Islam Selangor/Mufti, sekitar tahun 1935-1952).
4.Sahibus Samahah Dato’ Haji Yusof Bin Sahabuddin (Mufti, sekitar tahun 1953-1968).
5. Sahibus Samahah Dato’ Haji Ghazali Bin Haji Abdullah (Mufti, sekitar tahun 1968-1973).
6. Sahibus Samahah Dato’ Haji Md. Salleh Bin Hassan Farid (Mufti, sekitar tahun 1974-1976).
7. Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Bin Haji Omar ( Mufti, sekitar tahun 1976-1985).
8. Tengku Muhammad Bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani (m. 1976M).
9. Kiyai Haji Abdul Kamil, Sabak Bernam.
10. Kiyai Haji Muhammad Dahlan Bin Hassan Minhaj, Klang (m. 1978M).
11. Kiyai Haji Husain Bin Haji Abbas, Sijangkang (m. 1981M).
12. Kiyai Haji Ali, Sijangkang.
13. Kiyai Haji Khalil @ Muhammad, Bukit Naga, Klang.
14. Tuan Guru Ustaz Haji Fathullah Haron.
15. Tuan Guru Ustaz Haji Mohd. Shahar Bin Sulaiman, Jeram, Kuala Selangor.
16.Raja Othman, Kadi Besar Klang.
17. Syeikh Mahmud ’Arif al-Bukhari.
18. Kiyai Haji Qusyairi, Teluk Pulai, Klang.
19. Ustaz Abu Zaki Fadzil, dari Jam’iyah al-Da’wah al-Islamiyyah Selangor (m. 1998M).
20. Ustaz Abdul Jalil Safuan, dari Jam’iyah al-Da’wah al-Islamiyyah Selangor.
21. Syeikh Abdul Ghani Bin Abdul Hamid al-Mandaili al-Khalidi.
22. Qadhi Haji Muhammad Nur Bin Haji Ismail (m. 1934M).
23. Ustaz Haji Uthman Bin Abdullah, Kadi Kuala Lumpur pertama (m. 1919M).
24. Ustaz Haji Abdul Ghani Bin Haji Uthman.
25. Dato’ Haji Ishak Bin Baharum.

Namun, diduga masih ramai lagi nama-nama lain yang belum tersenarai seperti tokoh-tokoh agama setempat, ustaz-ustaz dan bekas-bekas kadi di setiap daerah dalam negeri Selangor. Sekiranya pengkaji mengenali dan mengetahui tokoh-tokoh ulama Selangor yang lain selain daripada yang disenaraikan di atas dipelawa untuk mengemukakan kajian masing-masing.

http://www.kuis.edu.my/malay

Minggu, November 09, 2008

Ahmad bin Abdul Rahman Assagof, Menempuh Ajal Dalam Zikir

Ahmad bin Abdul Rahman Assagof merupakan seorang ulama besar. Di sepanjang hayatnya, beliau telah menghabiskan usianya dengan menjalani kehidupan secara zuhud. Lantaran itulah beliau terkenal sebagai salah seorang wali Allah yang tinggi karamahnya.

Sebagai manusia yang dikasihi Allah, Ahmad memiliki banyak keistimewaan atau karamah. Ianya bersesuaian sekali dengan tingkatan kewaliannya.

Pernah diceritakan mengenai karamahnya, di mana seorang hamba Allah bernama Mubin telah tergerak hatinya untuk memberikan sedikit sumbangan kepada Ahmad. Niatnya itu cuma terlintas di dalam hati dan dia merancang akan memberikan sumbangannya itu kepada Ahmad apabila tiba masanya.

Selang beberapa ketika, seorang pembantu Ahmad tiba-tiba muncul di depan rumah Mubin. Pembantu itu pun memberitahu akan tujuannya datang menemui Mubin, iaitu bagi menyampaikan pesanan Ahmad. Menurut pembantu itu, Ahmad meminta supaya Mubin menunaikan niatnya untuk memberikan sumbangan.

Mubin merasa sungguh hairan. Baru saja hatinya tergerak untuk memberikan sumbangan kepada Ahmad sudah tiba untuk menuntut apa yang dijanjikan. Mubin amat kagum dengan Ahmad kerana boleh mengetahui niat serta gerak hati orang lain. Maka, dia pun dengan tulus ikhlas telah memberikan sumbangan kepada Ahmad sebagaimana niatnya.

Dalam suatu peristiwa lain, salah seorang anak perempuan Ahmad yang masih kecil memintanya menangkap seekor burung yang sangat cantik. Burung itu sedang bertenggek di dahan sebatang pokok. Ahmad segera meminta pembantunya supaya menangkap burung itu.

Pembantu Ahmad pun memanjat pokok itu dengan berhati-hati. Dia khuatir kalau burung itu akan terbang apabila didekati. Bagaimanapun, dia merasa sangat aneh kerana burung itu langsung tidak bergerak dari tempatnya seolah-olah patuh kepada kehendak Ahmad. Pembantu Ahmad pun menangkap burung itu dengan mudah dan diberikan kepada anak perempuan Ahmad untuk dipelihara.

Dalam usia yang semakin meningkat tua, Ahmad telah jatuh sakit. Ramai orang yang datang menziarahinya. Mereka sangat bersimpati melihat penderitaan Ahmad. Apabila ditanya tentang penyakitnya, Ahmad dengan tenang menjawab:

“Orang soleh itu senang dengan musibah atau penderitaan yang dihadapinya, sebagaimana orang yang condong kepada duniawi sangat senang dengan kemewahan hidup!”

Dalam keadaan lemah menanggung sakit, Ahmad bangun untuk berwudhuk. Kemudian beliau menunaikan solat Zohor. Selesai bersolat, Ahmad pun berbaring dengan menghadap arah qiblat.

Dalam pembaringannya, Ahmad tidak putus-putus berzikir kepada Allah. Tiba waktunya beliau pun nazak dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam degup zikir. Demikianlah limpah rahmat Allah terhadap orang yang dikasihiNya.