
Guru-gurunya

Di antara guru-gurunya ialah Syeikh Raghib Al-Tabakh, Syeikh Ahmad Al-Zarqa, Syeikh Eisa Bayanuni, Syeikh Muhammad Al-Hakeem, Syeikh Asad Abji Syeikh Ahmad Kurdi, Syeikh Najib Sirajuddin dan Syeikh Mustafa Al-Zarqa.
Di Mesir:
Syeikh Muhammad Al-Khidr Husayn, Syeikh Abdul Majid Daraz, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Syeikh Mahmud Shaltut, Syeikh Muhammad Zahid Al-Kawthari dan Hasan Al-Banna yang amat memberi manfaat dan pelajaran kepada syeikh.
Peribadi dan Sifatnya

Syeikh Rahimahullah juga sangat cerdas dan pandai memilih kata-kata. Beliau tidak akan melakukan sesuatu melainkan setelah dipertimbangkan secukupnya dan amat cermat lagi teliti dalam setiap urusannya. Beliau juga sangat penyabar dalam ketaatan dan ujian, sangat menjaga solatnya, sentiasa menunaikannya di awal waktu walau ketika penat atau sakit.
Beliau amat rajin membaca Al-Qur’an serta mempunyai wirid yang dibaca setiap pagi di samping amat banyak berzikir dan berwirid. Tidak akan didapati syeikh duduk tanpa urusan ilmiah, samaada menulis, mengajar, bermuzakarah atau memberi fatwa, melainkan beliau akan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir.
Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah memiliki hati yang sangat lembut, mudah menitiskan air mata, sangat terkesan dengan setiap sesuatu. Air matanya mengalir laju ketika membaca Al-Qur’an dan berzikir, serta membaca kisah-kisah Salafus Solihin, dan ketika mendengar kelemahan dan kesusahan umat Islam, malah ketika beliau dipuji. Beliau sangat pedih atas kelemahan umat ini dan keadaannya, hingga beliau telah kehilangan sebelah pendengarannya apabila diceritakan oleh seseorang berkenaan apa yang menimpa umat Islam di sebuah negara. Beliau amat sedih apabila diceritakan demikian dan tidur pada malamnya dalam keadaan demikian. Apabila bangun dari tidur Syeikh Rahimahullah mendapati darah mengalir daripada telinga kanannya, kemudian sebelah pendengarannya pun hilang.
Beliau telah diuji pula selepas itu dengan penglihatan yang semakin lemah, namun tidak pernah dilihat beliau mengadu atau mengeluh sebaliknya terus bersabar, malah ianya tidak menjadi penghalang baginya meneruskan kerja-kerja ilmiah. Beliau terus mengarang dan mentahqiq kitab, kerana bimbang ajal akan tiba, tetapi beliau tidak dapat mencurahkan ilmu di dadanya. Ketika sakitnya bertambah teruk, beliau tidak pernah mengeluh tetapi ketika terlalu sakit beliau hanya menyebut Ya Allah atau Lailahaillallah.
Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah sangat mengutamakan ilmu, sentiasa membaca, mentelaah atau menulis. Pena dan kertas sentiasa mendampinginya walau dalam bermusafir mahupun di waktu sakit. Beliau telah mengarang dan menamatkan sebahagian kitabnya dalam perjalanannya yang banyak, malah ada di antaranya ketika beliau sakit, 20 hari sebelum beliau kembali ke Rahmatullah.

Syeikh Rahimahullah dikurniakan akal fikiran yang amat cerdas dan hafalan yang kuat. Beliau merupakan seorang yang beramal dengan ilmunya, kuat beribadah, bertaqwa, soleh, wara’ lagi tawadhu’.
Semoga Allah memudahkan kita mencontohi akhlak dan peribadi para ulama dan solihin, kerana mencontohi orang yang mulia adalah suatu kemuliaan. Amin.
Pengembaraan dan lawatannya
Syeikh Abdul Fattah telah mengembara dan melawat ke seluruh negara Arab. Selain itu, beliau ke Turki, India, Pakistan, Indonesia, Malaysia dan Brunei. Biasanya beliau ada urusan dan membincangkan ilmu daripada ulama negara tersebut, dan juga mengambil manfaat daripada para ulama tersebut.
Semasa syeikh melawat India, syeikh pernah bertemu dengan beberapa ulama terkenal. Antaranya ialah Syeikh Muhammad Shafi' Mufti Pakistan, Mufti Atiqur Rahman Delhi, Syeikh Muhammad Zakariya Kandahlawi, Syeikh Muhammad Ilyas Kandahlawi, Syeikh Muhammad Yusuf Banwori, Syeikh Muhammad Latif, Syeikh Abul Wafa Al-Afghani, Syeikh Abul A'la Maududi dan Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi.
Perkahwinan dan Keluarganya

Karya-karyanya
2. Mas'alat Khalq al-Qur'an wa Atharuha fi Sufuf al-Riwat wa al-Muhaddithin wa Kutub al-Jarh
wa al-Ta`dil.
3. al-Ulama' al-`Uzzab al-Ladhina Atharu al-`Ilm `ala al-Zawaj.
Sakit dan Wafatnya

Pada akhir Syaaban 1417/akhir 1996 penglihatan beliau merosot semula dan beliau pergi sekali lagi ke Riyadh untuk membuat rawatan di Hospital King Khalid Eyes. Pada Ramadan beliau pergi semula ke Hospital King Faisal Specialist mengadu sakit berkaitan dengan perut dan dalaman darah. Kondisi beliau menjadi teruk dan beliau meninggal dunia di Riyadh pada waktu awal pagi pada hari Ahad, 9 Syawal 1417/16 Februari 1997.
Beliau dikebumikan di perkuburan Baqi' di Madinah selepas solat Isyak pada 10 Syawal 1417. Seluruh kaum muslimin di dunia terutama di Makkah, Madinah, Aleppo, Istanbul, Luknow, Beirut dan Rabat terasa kehilangan beliau terutama di kalangan ulama dan murid. Semoga Allah merahmati beliau dengan keluasan jannahNya dan semoga beliau ditempatkan bersama-sama Rasulullah saw, sahabat ra dan orang-orang soleh yang dikasihi Allah. Amin.
1 komentar:
sumber rujukan biografi ni drp mana?
Posting Komentar