Pages

Sabtu, Desember 15, 2007

Filem Ulama dan Tokoh Islam


Kebanyakkan filem kita sekarang ini berunsurkan cinta (ini lama dah), macam-macam aksi dan terbaru sekarang ialah seram. Kenapa ramai pengarah sekarang ini lebih terkejar-kejar menghasilkan filem sebegini? Dah tu pula ramai pula orang pergi berlumba-lumba menonton filem sebegini.

Bukankah lebih baik kita menghasilkan filem2 mengenai ulama dan tokoh Islam kita? Supaya lebih ramai mengenal sejarah melalui filem. Ada jugalah sedikit2 filem yang berunsurkan sejarah yang pernah pengarah kita hasilkan. Antaranya, Hang Tuah (filem P. Ramlee), Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan Puteri Gunung Ledang. Tetapi itu semuanya berkisar kepada sejarah orang melayu.

Kita mahu lebih dari itu. Cubalah buat filem seperti mengenai Tok Kenali, Hamka, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Syeikh Idris Al-Marbawi, Haji Abdul Rahman Limbong dan banyak lagi yang lainnya. Itu kesemuanya ulama dalam bumi nusantara kita. Tidakkah kita berbangga dengan ulama2 kita yang telah berjasa dan meninggalkan sumbangan yang amat bernilai?
Cuba lihat, filem2 barat banyak menghasikan filem2 mengenai tokoh Islam kita. Antaranya, The Message (tentang Rasulullah s.a.w.), Lion of the Desert (tentang Umar Mukhtar), Al-Imam Malik (tentang Imam Malik, dah lama filem ini tak tahu tahun berapa) dan Kingdom of Heaven (tentang Salahuddin Al-Ayubi). Selain itu, Sunan Kalijaga (tentang salah seorang wali sembilan - filem Indonesia). Ada juga drama tentang ulama dan tokoh Islam seperti Wali Sembilan (drama Indonesia. Ada juga filem yang saya tak pasti judul filemnya mengenai Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dan Rabiatul Adawiyah.
Filem animasi pula seperti Muhammad Utusan Terakhir (MUT), vcd Muhammad Al-Fateh (Saba Islamic Media), vcd Bediuzzaman Said Nursi (Turki), vcd Sulaiman Hilmi Tunahan (Turki) dan yang terbaru animasi bersiri, Saladin (tentang Salahudin Al-Ayubi juga).

Sepatutnya kita juga patut dapat mengambil langkah memfilemkan kisah hidup ulama dan tokoh Islam kita. Alangkah seronoknya dapat menonton filem2 sebegini. Dapat membangkitkan lagi semangat berjuang kita. Kerana sudah banyak kisah hidup ulama dan tokoh Islam yang tersebar melalui buku, majalah, surat khabar sampailah di alam jaringan tanpa sempadan ini.

Cuma yang dikesalkan, itulah dalam bentuk filem belum lagi dihasilkan. Biarlah tak untungpun sama sekali, tetapi yang penting, kita dapat menyumbangkan sesuatu yang dapatlah dikatakan sebagai amal dan bakti kepada agama ini. Kalau boleh saya sendiri hendak mencadangkan kepada pengarah2 filem kita supaya menghasilkan filem2 sebegini. Ataupun kalau ikut kehendak hati saya, nak saya berlakon sendiri dan mengarahkan sendiri filem2 ini.

Supaya pemuda2 hari ini tahu siapa sebenarnya hero mereka, siapa sebenarnya yang layak menjadi contoh teladan buat mereka. Supaya Islam akan kembali gemilang semula, supaya tertegak lagi kuasa khalifah di bumi ini, supaya Islam tidak ditindas dan dihina lagi. Supaya Islam akan agung dari dulu, sekarang dan selama-lamanya dan supaya Islam akan terus tersenyum dan bergembira buat selama-lamanya.

0 komentar: