Pages

Kamis, Desember 20, 2007

Salam Aidiladha: Kisah Ulama Melaksanakan Haji

Imam Ahmad bin Hanbal telah mengerjakan haji sebanyak lima kali, tiga kali dengan berjalan kaki, beliau membelanja pada tiap-tiap kali hanya sebanyak tiga puluh dirham sahaja.

Syeikh Al-Albani pula telah mengerjakan haji lebih dari tiga puluh kali. Beliau selalu melaksanakan umrah dan haji setiap tahun jika mampu. Boleh jadi beliau melaksanakan umrah dalam setahun dua kali. Ibadah hajinya yang terakhir dilakukan pada tahun 1410H.

Syeikh Samir bin Amin az-Zuhairi mengatakan: Berkat kurnia Allah SWT, aku menemani beliau dalam melaksanakan hajinya yang terakhir ini.

Di hari Arafah, aku mendatanginya sesudah matahari tergelincir, ketika itu beliau sedang berdoa, lalu aku katakan padanya: "Wahai syeikh kami! Ini adalah puteraku, aku sangat senang jika syeikh mendoakannya." Beliaupun mendoakannya dan aku sangat berharap doa beliau terkabul (semoga Allah SWT merahmatinya dengan rahmat yang luas).

0 komentar: