Pages

Selasa, Januari 08, 2008

Salam Awal Muharam 1429H: Menyusuri Taman Ulama 2


Salam Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah 1429H saya ucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena Awal Muharam 1429H ini, saya ingin membawa anda menyusuri ke sebuah taman untuk memetik bunga kisah. Sama-sama kita menyusuri kisah ulama.
~ Fakhruddin Ar-Razi, ulama dan penulis kitab tafsir yang termasyhur dan penulis kitab-kitab lainnya, kesibukan beliau adalah memberi pelajaran dan nasihat yang berguna, memberi ceramah-ceramah dan kemudian beliau menjadi ulama besar pada zamannya, ulama yang menyinari dan memberikan kebanggaan kepada umatnya kerana keistimewaan-keistimewaan dan kelebihan yang beliau miliki.
~ Antara ulama terkemuka lainnya ialah Imam Nawawi, beliau meninggal dalam usia empat puluh tahun, namun beliau telah meninggalkan pengetahuan dan ilmu yang banyak, ilmu yang berguna dan penuh barakah iaitu kitab Riyadus Salihin. Beliau sentiasa mendirikan solat tahajud dan solat-solat sunat lainnya di siang hari, beliau sering berpuasa dan mendirikan malam-malamnya, mempelajari ilmu pengetahuan dan menelaahnya, sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sama ada dalam waktu senang mahupun dalam waktu sempit, beliau bahkan meninggalkan kampung halamannya, bahkan beliau meninggalkan perkahwinan hanya untuk menuntut ilmu sehingga menghasilkan karya-karya yang menakjubkan.
~ Ibnu Asakir al-Hafiz menulis kitab sejarah Damaskus dalam enam puluh tahun dan tidak ada seorang pun daripada ulama, sasterawan, budayawan, penyair dan tokoh-tokoh masyarakat lainnya daripada kota Damsyik melainkan seluruhnya tercatat dalam kitabnya.
~ Ibnu Uqail menulis pelbagai bidang ilmu pengetahuan sebanyak lapan ratus jilid dan beliau hanya makan roti keras untuk mencukupkan bacaannya sebanyak lima puluh ayat.
(Petikan dari buku Menyingkap Rahsia Kejayaan karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

1 komentar:

Unknown mengatakan...

bayangkan bagaimana kita pula yang mengaku sebagai du'at