Pages

Selasa, Februari 05, 2008

Syeikh Muhammad Musa Nasr

Syeikh Muhammad Musa Nasr dilahirkan di perkhemahan Balaathah di Palestin pada tahun 1374H (1954M). Beliau merupakan salah seorang murid Syeikh Al-Albani yang terkenal. Nasab beliau sampai kepada seorang sahabat Rasulullah saw, 'Auf bin Malik as-saqafi an-Nasri dari Tsaqif. Dan memulai sekolah ibtida`iyyahnya di Jericho, Palestin, I`dadiyyah di Ghowr, Jordan dan Tsanawiyyah di Zarqa, Jordan.

Kemudian beliau menuntut ilmu ke Fakulti Al-Qur`an al-KariimUniversiti Islam Madinah dan menerima gelaran sarjana dalam bidang "Qiro'aat dan `ulumul Qur'an" pada tahun 1981.

Lalu beliau pergi ke Pakistan dan kuliah di Universiti Punjab dan menerima gelaran Magister dengan predikat "Jayyid Jiddan" (Baik Sekali)dalam `ulumul Islamiyyah pada tahun 1984. Dan juga gelaran Magisterdengan wifaaq (pengakuan) dari Universiti Lahore dengan predikat "Mumtaz" (istimewa) dalam bidang "ulumul Islamiyyah dan Bahasa Arab.

Selama 3 tahun di Pakistan, beliau menghafalkan al-Qu'ran al-Kariim, beliau mendapatkan ijazah Kutubut Tis'ah dari Syeikh Atho'ullah al-Hanif. Dan ijazah Hadis dan Qiro'ah dari ulama lainnya seperti Syeikh Badi'uddin as-Sindi, ulama Hadis dari Sind.

Pada tahun 1997, beliau mendapat gelaran Doktor dengan predikat "Mumtaaz" (istimewa) dalam bidang "Tafsir dan `ulumulQur'an" dari Universiti Ummu Darmaan di Sudan.

Awal beliau mengenal Syeikh al-Albani pada awal tahun 1970-an, melalui kitab-kitab Syeikh al-Albani, seperti Sifat Sholat Nabi, at-Tahdzir as-Saajid, Silsilah Shohihah, Silsilah Dho'ifah dan lainnya. Lalu beliau safar ke Damsyik di Syria pada pertengahan 70-an dan belajar kepada Syeikh al-Albani di Maktabah Zohiriyyah. Dan ketika Syeikh al-Albani hijrah ke Jordan beliau bermulazamah kepadanya sampai Syeikh al-Albani meninggal dunia.
Syeikh al-Albani memuji beliau dan biasa mendahulukannya sebagai imam di rumahnya atau ketika safar. Dan kadang Syeikh al-Albani berkata : "bersama kami imam kami"

Dan Syeikh al-Albani biasanya mengirim kepada Syeikh Musa Nasr para penuntut ilmu untuk belajar qiro'ah dari beliau. Syeikh Abdul Aziz bin Baz juga pernah memujinya ketika mendengar qiro'ah beliau di perpustakaannya, dan berkata : "Qiro'ahmubaik, tidak diberat-beratkan dan tidak pula aniaya."
Beliau termasuk salah satu pendiri Markaz al-Imam al-Albani dan majalah al-Ashaalah. Beliau juga bertindak sebagai imam dan Khotib diMasjid As'ad bin Zuror di Amman Jordan, pertemuan dakwah dan daurah Ilmiyyah di berbagai negara.
Beliau adalah seorang yang ahli dalam bidang pengubatan Nabi, beliau biasa mengubati penyakit-penyakit spiritual seperti kesurupan, sihir, `ain, dan epilepsi. Dan beliau memiliki banyak karya tulis dalam bidang pengubatan herba. Allah telah memberi manfaat dan menyembuhkan banyak orang melalui beliau, dan ini hanya dengan izin Allah.

Selain itu, saya juga mempunyai sebuah karya tulisnya yang berjudul Bersama Nabi SAW Di Bulan Ramadan terbitan Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur, Malaysia.
Beliau mengajar tajwid, ulumul Qur'an dan tafsir di Jami'ah al-Ulumat-Tathbiqiyyah divisi Syari'ah dari tahun 1993 sampai tahun 2000.
Beliau juga biasa ikut dalam Muktamar Islamiyyah Amerika, Perancis, Indonesia, dan lain-lain.

0 komentar: