Pages

Jumat, Februari 08, 2008

Syeikh Abdurrahman Nashir As-Sa'di, Ulama Yang Tidak Kenal Lelah

Syeikh Abdurrahman Nashir As-Sa’di berasal dari bani Tamim. Beliau dilahirkan di Unaizah pada 12 Muharram 1307H (1886M). Ibunya meninggal ketika beliau berumur 4 tahun yang disusuli ayahnya tiga tahun kemudian.
Syeikh As-Sa’di telah menghafal Al-Qur’an dan menguasai cara pembacaannya sebelum usianya mencapai 11 tahun. Beliau kemudian dengan penuh kesabaran melakukan pencarian terhadap ilmu-ilmu syariat dengan cara belajar kepada beberapa ulama yang ada di kotanya mahupun ulama yang beliau kunjungi.
Di antara guru beliau adalah Syeikh Ibrahim bin Muhammmad bin Hasir, Syeikh Muhammad bin Abdul Karim Asy-Syabil, Syeikh Shalih bin Utsaimin (Qadhi Unaizah), Syeikh Muhammad Asy-Syinqithi dan yang lainya. Siapapun yang mengaku gurunya adalah Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dan ia berbicara di atas kebenaran, maka Syeikh As-Sa’dy akan menjadi seorang pelajar yang bersemangat sekali mengkaji karya-karyanya.
Sifat dan Peribadinya
Beliau perawakannya pendek, gemuk, putih kemerah-merahan, wajahnya bulat, lebat janggutnya dan berwajah tampan.
Beliau dikenal dengan kemuliaan akhlaknya, selalu tawadhu' kepada sesiapa saja, bersikap zuhud terhadap dunia, selalu menjaga kemuliaan dirinya meskipun sedikit harta yang dimilikinya. Beliau juga selalu mengucap salam kepada anak-anak dan orang-orang tua, selalu menjawab undangan, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi kebutuhan siapa saja yang meminta kepadanya.
Beliau diberi keistimewaan oleh Allah dapat menyelesaikan perkara-perkara pelik dengan mudah dan menyelesaikan perselisihan-perselisihan dengan cerdik dan bijaksana.
Karakter yang paling menonjol dari Syeikh As-Sa’di adalah kemuliaan akhlaknya. Beliau memiliki sikap yang sangat ramah terhadap siapa saja baik masih muda maupun yang lebih tua. Bila beliau berbicara dengan seseorang maka akan disesuaikan dengan kamampuan pemahamannya dan disesuaikan apa yang paling bermanfaat baginya. Syeikh As-Sa’di tidak merasa tertarik dan bahkan menjauhi gemerlapnya kehidupan dunia. Beliau tidak pernah memperhatikan kedudukan, kekuasan maupun kemewahan

Karya-Karyanya
Syeikh As-Sa'di memiliki perhatian yang besar dalam menulis, memudahkan penyebaran ilmu kepada para penuntut ilmu dan orang-orang awam. Barangsiapa menelaah kitab-kitabnya akan takjub dengan ibaratnya yang mudah dan keluasan maknanya. Beliau tidak pernah menyibukkan diri pada ilmu yang tidak bermanfaat.
Di antara karya-karya beliau ialah Tafsir Al-Qur’an (8 jilid), Hasyiah Fiqhiyah, Diwan Khutab, Al-Qawa’idul Hishan, Tanzih Ad-Din, Rad ‘Ala Al-Qashimi, Al-Haq Al-Wadih Al-Mubayyin, Bahjatu Qulub Al-Abrar, Ar-Riyadh An-Nadhirah dan lain-lain.
Wafatnya
Beliau hidup dalam keadaan merasa cukup atas nikmat Allah dan dalam kesederhanaan sampai beliau diwafatkan Allah menjelang fajar hari Khamis pada 23 Jamadilakhir 1376H (1955M) dan dimakamkan di Unaizah dengan dihadiri oleh ratusan manusia yang tidak terhitung banyaknya.
Semoga Allah meredhai dan menempatkan beliau dalam keluasan jannahNya.

0 komentar: