Tapi, saya ketemui sedikit maklumat mengenai keturunannya. Salah satu keturunan Syeikh Ahmad al-Farusi ialah anaknya, Syeikh Izzeddin bin Ahmad al-Farusi. Anaknya ini merupakan seorang ulama yang alim dalam bidang ilmu hadis. Setakat ini sajalah yang terdaya saya usahakan. Diharapkan dapat memuaskan permintaan saudari. Barangkali, masa akan datang akan saya ketemui banyak lagi bahan mengenai ulama ini. Dan akan saya usahakan supaya ditulis di blog ini. Sebagai gantinya, saya akan tulis sedikit kisah mengenai para ulama Mesir al-Azhar. Semoga dapat memuaskan sekali lagi permintaan saudari.
Kesungguhan

Penulisan
Imam Muhammad Ibrahim bin Muhammad al-Barmawi seorang penulis berbakat khususnya di dalam menerangkan kesamaran kitab-kitab lama.
Syeikh Ibrahim bin Musa al-Fayumi telah mengarang kitab yang begitu bernilai Syarhu ‘Ala al-Aziyyah Fi Fanni as-Sorf, sebagai penjelas terhadap kitab al-Qudmah al-Ghaziah Lil Jamaah al-Azhariah Fi Ilmi as-Sorf kitab yang dikarang oleh Syeikh Abi Hasan asy- Syazili al-Maliki.
Syeikh Hasan bin Muhammad bin A’ttar telah dilantik sebagai ketua editor di syarikat surat khabar dengan membawa slogan “Sesungguhnya negara kita mesti diadakan perubahan dan wujudkan maklumat-maklumat baru.
Menuntut Ilmu
Syeikh Muhammad Syinan meninggal ketika menuntut ilmu.
Kemuliaan
Syeikh Muhammad an-Nasyrati ketika kewafatan beliau, jenazahnya diusung sehari selepas kewafatan beliau kerana memberi peluang kepada para ulama’ dan pembesar memberikan penghormatan yang terakhir terhadapnya.
Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad al-Bajuri mendapat tempat di sisi Abbas 1 dengan penghantaran tentera menghalau beberapa golongan yang tidak menghormati beliau ketika tercetusnya peristiwa Revolusi Mugharabah. Selain itu, beberapa kumpulan dari kalangan pemuda yang lari dari kem tentera semata-mata untuk menuntut ilmu darinya. Pasukan tentera yang menjejaki mereka, tidak berani mengganggu majlis ilmu yang sedang beliau jalankan. Setelah menyedari hal tersebut beliau menghalau pemuda-pemuda tadi dengan menekankan kepentingan tugas menjaga keselamatan Negara.
Pemurah
Syeikh Muhammad bin Salim al-Hufni seorang yang rendah diri terhadap golongan-golongan miskin dan mudah memberikan derma kepada mereka. Syeikh Abdul Rauf bin Muhammad as-Sujaini telah digelar Abu Jud kerana sifat dermawan yang ada pada beliau.
Kelebihan
Imam Ahmad Zain Ali bin Ahmad ad-Damhuji merupakan seorang yang tidak menginginkan kemasyhuran dan terlalu mementingkan ilmu dan beliau telah dikurniakan bentuk tubuh yang sasa.
Penyebaran Ilmu
Lebih daripada 100 ulama’-ulama’ al-Azhar pernah mendapat tunjuk ajar daripada Syeikh Imam Muhammad Al-Khurasyi kerana kehebatannya dalam semua bidang ilmu.
Imam Abdul Baaqi al-Qulaini tidak mempunyai ruang untuk menulis kerana sibuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya.
Syeikh Ibrahim bin Musa al-Fayumi tidak akan menninggalakn majlisnya selagi mana anak-anak muridnya tidak berpuas hati terhadap penyampaiannya.
Imam Muhammad bin Ahmad bin Mursi bin Daud al-A’rusi mula mengajar seharian bermula dari terbit fajar Subuh sehinggalah Isya, dan beliau tidak bangkit daripada tempat duduknya kecuali untuk mengerjakan solat.
Perantauan
Syeikh Hasan bin Muhammad bin A’ttar seorang ulama’ yang gemar mengembara untuk memahirkan diri dalam berbahasa asing dan memungut khazanah-khazanah ilmu yang terdapat di sana. Antara Negara yang pernah dikunjunginya ialah Turki, Perancis , Albania dan Negara-negara Arab yang lain.
Keberanian
Imam Ahmad bin Musa al-A’rusi lantang bersuara ketika menegah Hasan Basyah Qabtan, seorang panglima tentera Kerajaan Uthmaniah yang diutuskan ke Mesir, supaya menarik balik perbuatannya yang ingin menjual anak dan isteri Ibrahim dan Murad Bik sebagai tindakan disiplin terhadap mereka, namun beliau bersama Syeikh Ahmad Dardi dan Syeikh as-Sadat menegaskan bahawa Syariat Islam menegah penjualan orang merdeka, ibu-ibu dan anak-anak. Suara mereka telah dituruti oleh tentera Uthmaniah tersebut.

Imam Muhammad bin Ali Mansur Syanwani merupakan pemimpin penggerak menentang penjajahan Perancis dan arahannya supaya membebaskan para ulama’ dari penjara telah dilaksanakan oleh Perancis, tetapi mereka masih berkeras untuk melepaskan kembali jajahan takluknya.
Imam Muhammad bin Ahmad bin Mursi bin Daud al-A’rusi mempertikaikan hukum yang dikeluarkan oleh Syeikh Ibrahim Maliki yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Basya yang menyamakan memakan daging hasil sembelihan ahli kitab ibarat memakan bangkai, dan mengatakannya haram. Ulama’-ulama’ telah membahaskan perkara tersebut lalu beliau telah membuat keputusan untuk menemui guru kepada Ibrahim Basya untuk berbincang dalam masalah ini, namun gurunya tersebut Syeikh al-Maghribi, telah menyembunyikan diri, untuk mengelak daripada pertemuan dengan beliau.
Syeikh Mustafa bin Muhammad bin Ahmad bin Musa bin Daud al-A’rusi telah dilucutkan jawatan sebagai Syeikhul Azhar disebabkan komplot beberapa orang yang tidak berpaushati dengan sistem temuduga tenaga pengajar di bawah kendaliannya, tetapi kelantangannya bersuara dalam mengkritik kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, menjadikan Ismail Basya merasa bimbang dengan kebangkitan beliau.



Pengorbanan
Syeikh Muhammad an-Nasyrati dan Syeikh Abdul Rahman Qutb an-Nawawi, sibuk dengan amanah sebagai Syeikhul Azhar ketika zaman mereka menyebabkan tiada ruang baginya untuk menghasilkan karya-karya ilmiah.
Penglibatan
Syeikh Abdul Rahman Qutb an-Nawawi pernah dilantik menjadi pembantu kepada Syeikh al-Baqli di dalam mengeluarkan fatwa di sebuah institusi yang dikenali sebagai Majlis Hukum Hakam. Beliau juga menjadi kehakiman di Giza pada 1290 H, kemudian di Gharbiyyah pada 1296 H. kemudian berpindah ke mahkamah Syariah di Kaherah pada 1306 H dan seterusnya Iskandariah. Beliau juga telah diberi amanah mengendalikan bahagian fatwa di Kementerian Keadilan pada 1313 H sebelum dilantik menjadi Syeikhul Azhar pada 1317 H.
Syeikh Salim bin Abi Farraj al-Bisyri telah dilantik sebagai syeikh di Masjid Saiyyidah Zainab sebelum dilantik menjadi syeikh kepada pimpinan ulama’ mazhab maliki.
Imam Ali bin Muhammad al-Bablawi telah dilantik mengetuai Darul Kutub di bawah kementerian kendalian Mahmud Syami al-Barudi pada 1299 H.

Syeikh Muhammad Ma’mon asy-Syinawi telah dilantik sebagai hakim syariah pada 1917 M, syeikh di kuliah syariah pada 1930 M, ahli anggota Ulama’ Besar pada 1934 M, dan wakil Universiti al-Azhar pada 1944 sebelum menjawat sebagai Syeikhul Azhar pada 1948 M.
0 komentar:
Posting Komentar