Pages

Senin, Maret 03, 2008

Syaikh Utsman Abdul Wahhab as-Sarawaqi, Ulama Sarawak Terkenal


Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi dilahirkan pada 15 Jun 1864M/10 Muharam 1281H di Kampung Sinjan, Kuching, Sarawak.

Adalah Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi itu mudah-mudahan merahmat akan dia oleh Allah ta`ala banyak diam dan perangainya itu murah

Dan tingkah lakunya merendah akan diri dan memuliakan segala orang 'alim

Dan adalah sangat cermat atas mencapai pemandai dan adab

Lebih daripada cermat manusia atas perak dan mas

Dan thoma` ia pada mengikut jalanan sebaik-baik 'Ajam dan 'Arab

Iaitu Rasulullah s.a.w. terlebih kuat dan terlebih sampai daripada thoma` (Asy'ab) iaitu seseorang yang masyhur dengan thoma` pada orang 'Arab

Bermula malamnya melihat kitab dan menyebut akan Tuhannya

Dan siangnya mengajar dan berfikir

Kasih ia akan segala orang yang miskin dan faqir

Dan menjauh ia akan dirinya daripada mereka yang mempunyai fasik dan pembohong dan mempunyai takabbur

Memulia ia akan segala anak-anak yatim

Dan memberi ia akan makanan kepada orang-orang dan melembut akan perkataan

Dan adalah ia membesar akan tiap-tiap orang yang terbangsa ia bagi ilmu hingga segala anak-anak yang baharu belajar

Dan tiada didengar bahawasanya mengumpat akan seseorang atau menyalahi ia akan dia atau menyumpah akan dia

Dan apabila berkata, benar ia pada perkataannya

Dan apabila orang bercakap baginya dibenarkannya

Dan adalah ia sentiasa mengekali atas membuat segala kebajikan dan taat

Dan membesar ia bagi segala bangsa Syarif - Syarif dan Sayyid - Sayyid

Dan adalah ia menunduk kepalanya kerana malu

Dan tiada ia beramal kerana mintak puji

Hingga mendatangkan akan dia oleh mati

Maka bahawasa sesungguhnya kami bagi Allah dan kepadaNya jua kembali kami.

Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi meninggal dunia pada 28 Julai 1921M/23 Zulkaedah 1339H.

Dipetik dari:
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/12/haul-syaikh-utsman-sarawak.html

1 komentar:

Unknown mengatakan...

www.ismulhaq.com